Welcome To My Blog Aina Fatihah: Lelaki bersalin ?

Lelaki bersalin ?

Assalamualaikum !



LELAKI CUBA RASA KEADAAN WANITA SAKIT BERSALIN ???

BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.

Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.

Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu seksaan.

Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.

Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .

Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.

Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.

Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.

Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.

Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.

Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.


Allah telah menciptakan seorang wanita itu penuh dengan kelembutan dan seorang wanita sering dianggap lemah kerana mudah untuk mengalirkan air mata.

Tetapi uniknya seorang wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin iaitu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak sedangkan tubuh badan manusia dikatakan hanya dapat menahan45 Del kesakitan sahaja.

Subhanallah...Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu itu...Tak terbalas jasa seorang ibu itu walaupun untuk sehembus nafasnya di saat dia melahirkan kamu...

♥ Khas buat Kaum Adam semua...hargailah ibu dan isteri anda ♥
 

4 comments:

Nana Liena said...

itula..jangan anggap perempuan ni kaum yg lemah..nak kandung anak 9 bulan..lama tu. ^^

Aina Fatihah S Azmi said...

Betul betul -,-

Ice Bucker said...

Btul2..setuju sgt2 ;)

Nasuha said...

Apa makanan kegemaran awk? Jom join segmen ni http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen