Welcome To My Blog Aina Fatihah: Berubah .

Berubah .

Assalamualaikum !

Hai kepaada semua pembaca :) Lama sudah aku tak meng'update' blog aku nihh. Habis hancur bahasa melayu aku buat. Haha. Maaf lahh. Almaklumlah, jari ni tak rajin sangat nak menaip :) Banyak benda nak kena buat. Okay, lihat pada tajuk atas 'BERUBAH'.. Semua daripada kita nak berubah kann? Berubah ke arah kebaikan.. Tak kira cepat atau lambat. Before that, maaf lah kalau bahasa 'aku' ni kasar buat semua.. Sebab diri ni dah biasa.. Tapi mana tahu satu hari nanti aku boleh tukar panggilan tu kepada 'ana'.. 
In Sha Allah.. Kita kembali kepada tajuk asal.. Berubah ni kita tak perlu la sampai tunggu seru. Kalau tunggu seru alamatnyaaa lambat laa. Kita yang kena ambek peluang cari.. *NOTE THAT*.. Keinginan untuk berubah tu datang dari Allah kann? So kita takde hak nak judge orang kalau dia berubah secara drastik pun. Yang penting IMAN diaa. Kat sini nak share satu cara untuk berubah.. Tapi yang ini khusus buat MUSLIMAH laa. :) Yang masih teragak agak nak pakai tudung. Ini hasil cadangan dari 
SYABAB MUSAFIR KASIH. Mesti penah dengar kannn?

Ini cadangannya step by step berubah (sampailah berpurdah):

1. Teliti apa kesalahan diri. Katalah diri ada masalah tudung terlalu singkat, aurat lengan, aurat kaki. Baik, anda tumpu dulu fix 3 benda ni sampai berjaya. Cuba dulu istiqamah selama 3 bulan. Tutup dulu elok2 yg tu - pakai handsock, pakai stoking, cari tudung bawal yg bidang 60 ke.

2. Sekarang 3 benda tu dah fix, alhamdulillah. Baik, sekarang nak cuba tudung labuh pula. Anda plak tade kawan tudung labuh. So, langkah pertama cari dulu at least seorang kawan tudung labuh. At least, dia boleh ajar cara bertudung labuh or cara nak hasilkan tudung labuh or guide nak dapatkan kat mana.

3. Kawan tudung labuh dah jumpa. Semangat dah ada. Cara dah tahu. Baik, mulailah pakai tudung labuh. Cuba istiqamah untuk setahun dua.

4. Baik. Sekarang awak dah konsisten bertudung labuh. Nak belajar berpurdah pula. Ok, langkah pertama adalah MENUNTUT ILMU:
- ketahui dulu bahawasanya mazhab popular menyarankan pakai purdah apabila diri terlibat fitnah. baik, tanya diri "adakah aku jadi bahan fitnah? adakah aku jadi fitnah pada mata lelaki?"
- benar, isteri2 Nabi pakai purdah dan itu mmg khusus pada mereka. namun, bukan diwajibkan pada semua orang kerana ada sahaja wanita di zaman itu tidak berpurdah. (boleh buat pembacaan sendiri).
- so, bila awak baca2, awak tahulah bahawasanya ada hukum mengatakan wajib, ada hukum mengatakan sunat, ada hukum mengatakan harus dan ada hukum mengatakan tak boleh pakai masa solat kecuali solat di tempat terbuka kerana darurat tetapi bahagian dahi wajib buka.(sila selidik sendiri)

5. Sekarang awak dah faham dan ada ilmu mengenai purdah. Tahu juga pandangan2 ulama dan pendapat para ustaz. Cthnya bila nak pakai purdah di fb apa hukumnya: UAI menyarankan dan kata bukan fitnah bila pakai purdah di fb (ada terma dan syaratnya).

6. Cari kawan berpurdah. Ulang step atas. Boleh mula berpurdah. Setelah anda dah avoid:
-Menggedik.
-Gambarholic. (gile amik gambar)
-Berniat untuk menarik perhatian orang.
-Pakai geo-lense berwarna-warni aneka corak.
-Berniat just nak cover muka awak tak cantik. So, bila pakai nampak mata cantik naiklah saham sikit.
-Couple.

7. Istiqamah. Istiqamah ni maksudnya konsisten dan ada pendirian, ada prinsip kukuh. Teguh berdiri. So, kekalkan akhlak yang baik. Insya-Allah..perubahan yang seiring dengan akhlak yg cantik akan menjadikan perubahan anda ini lebih bermakna.

- Harap sedikit sebanyak dapat membantu. Ingat ! Niat kerana Allah. Itu yang utama -
 

4 comments:

Farahin Izzati said...

kadang2 bila nak buat baik, banyak dugaan kita kena tempuhi,
dan hanya mampu bersabar, :)

Aina Fatihah S Azmi said...

Betul tu :) Itu penting nya Iman.

GUNNERS said...

istiqamah penting...nice entry...sekian

Aina Fatihah S Azmi said...

:) terima kasih .

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen